Terms & Conditions


Hak cipta design/software dari laman web Hikayat Sulaman adalah hak milik penuh pencipta asalnya sahaja.


Rekaan dan grafik sulaman digital/software ini atau mana-mana bahagiannya, dilarang, diduplikasi atau dikongsi dalam apa-apa cara oleh pembeli.


Perkongsian fail-fail ini kepada mana-mana individu/kumpulan lain adalah dilarang sama sekali. 

Anda dilarang memberi pinjam, memberi atau menjual fail kepada orang lain.

Anda dilarang  menukar, menambah, memadam bahagian, atau mengubah fail.

Anda juga dilarang menghantarnya melalui e-mel atau dengan kaedah lain kepada individu/kumpulan lain untuk dipecah atau diubah dengan cara apapun.


Semua design yang dibeli hanya dibenarkan untuk menghasilkan barangan siap atau kegunaan peribadi, hadiah atau barangan untuk dijual semula oleh pembeli asal sahaja.


Segala pindaan atau perubahan yang diperlukan, sila rujuk Hikayat Sulaman dan dikemukakan kepada pemilik hak cipta.